Monday, January 5, 2009

Membina sekolah Tahfiz

MUKADDIMAH

Kawasan sekitar Masjid Kampung Sungai Tengar suatu waktu dahulu adalah merupakan bekas penempatan sekolah agama pengajian berkitab cara lama iaitu mirip seperti pengajian pondok yang diasaskan sendiri oleh Kiyai Hj Ma’asom dengan dibantu oleh ramai guru-guru tempatan yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari dalam dan luar daerah. Berdirinya sebuah bangunan kayu setingkat dengan riuh rendah suara anak-anak mengaji , membaca dan menghafaz segala macam ilmu termasuk Al-Quranul Karim dengan suara tingkah meningkah dan mengasyikkan dari guru-guru yang mengajar Al-Quran masih dapat diingati oleh sebahagian besar masyarakat disekitarnya. Namun begitu pada hari ini suasana laman raudah ini telah lenyap semenjak 30 tahun yang lalu.

Mengenang kembali sejarah kegemilangan ini , menyedari hakikat betapa perlunya masyarakat hari ini kembali didedahkan dengan suasana dan tuntutan syar’ie, yang mampu menenang dan menyejukkan hati dengan hanya memerhatikan suasana dan mendengarkan bacaannya, apatah lagi jika membaca dan mengamalkannya. Maka Pusat Tahfiz dan pengajian agama yang menggabungkan dua system cara lama dan baru ini perlu diwujudkan demi melaksanakan perintah Allah sembari meneruskan perjuangan junjungan besar nabi kita Muhammad s.a.w serta para sahabat Baginda s.a.w juga para Tabiin dan para Ulama’ besar selepasnya.

Maenad Tahfiz ini juga dilihat sangat perlu kerana ianya dapat menambahkan bilangan penghafaz Al-Quran dengan lebih ramai dan mempunyai kemahiran hafazan yang tinggi serta mampu memenuhi keperluan semasa di dalam dan luar negara Islam pada masa akan datang.

Selaras dengan seruan kerajaan serta kibaran panji-panji Islam Hadhari ketika ini yang menyeru dan mengajak para muslimin dan muslimat mengkaji , menghayati , dan mengamalkan segala bentuk ajaran dan pertunjuk Ilahi yang terdapat di dalam Al-Quran itu sendiri maka Maahad Tahfiz ini secara tidak langsung menyediakan prasarana pendidikan islam pada keseluruhannya yang akan dapat melahirkan individu Qura’ni yang mampu menguasai berbagai cabang ilmu Laduni dan moden. Dalam pada masa yang sama negara akan memiliki rakyat yang cemerlang pemikirannya , gemilang dalam sejarahnya dan terbilang dari segi kualitinya. Ini adalah kerana Al-Quran itu sendiri mengandungi khazanah ilmu yang tidak ternilai di dalamnya.

Penubuhan Maahad Tahfiz ini bukanlah bertujuan untuk menyaingi mana-mana pihak atau mana-mana pertubuhan yang lain tetapi lebih kepada Amar Makruf Nahi Mungkar atau mengajak kepada kebaikan menegah daripada melakukan kemungkaran yang mana penubuhannya adalah atas dasar Iman dan Taqwa. Dengan itu ianya menetapkan bahawa Maahad Tahfiz ini bukanlah milik individu tertentu atau pertubuhan tertentu tetapi lebih kepada kepentingan masyarakat muslim setempat sebagai perlaksanaan fardhu kifayah.

Disamping itu penubuhan Maahad Tahfiz Kashful Ulum ini dapat mengimarahkan masjid dan surau–surau di sekitarnya dengan pengisian program pembacaan dan hafazan Al-Quran berhalaqah setiap hari terutama dalam bulan–bulan Ramadhan. Dengan ini orang tempatan akan dapat mengambil faedah kerohanian apabila mereka bersama-sama mengambil bahagian bersama pelajar tersebut.



PENUBUHAN AHLI JAWATANKUASA

Diatas kesedaran pentingnya Maahad Tahfiz ini maka beberapa sessi pertemuan telah diadakan sehinggalah wujud satu kesepakatan untuk mengadakan sebuah Maahad Tahfiz yang diberi nama MAAHAD TAHFIZ KASHFUL ULUM. Bagi menjalankan tanggungjawab ini maka dilantik ahli jawatankuasa penaja supaya Maahad ini dapat beroprasi dan berjalan lancar. Senarai Ahli Jawatan Kuasa Penaja yang diputuskan untuk mengambil tanggungjawab atas Maahad ini adalah seperti berikut :-
PENAUNG

Yb Tuan Abd Rahman Bin Bakri

PENASIHAT PENTADBIRAN

1. Tuan Pegawai Daerah
2. Al-Fadhil Pegawai Tadbir Agama Islam
3. Penghulu BNO
4. En Ahmad Bin Ibrahim
5. Tuan Hj Halim Bin Hj Udin
6. En Hamizar Bin Sulaiman
7. Ustaz Ismail Bin Zakaria

PENASIHAT TEKNIKAL DAN PEMBANGUNAN

Tuan Jurutera Daerah Sabak Bernam (JKR)

PENASIHAT PENDIDIKAN AGAMA ISLAM DAN AKADEMIK

1. Tuan Pegawai Pelajaran Agama Islam Daerah
2. Tuan Pegawai Pelajaran Daerah


PENASIHAT DISPLIN DAN KESELAMATAN

Tuan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam

PENASIHAT UNDANG-UNDANG

Puan Jamilah Fatimah & Wan – Advocate & Solicitors



PENGERUSI

Muktamar bin Mohamad @ Hj Ma’asom

TIMBALAN PENGERUSI

Hj Hussin Bin Hj Abd Ghani

SETIAUSAHA

Ust. Ab Jabar Musatdat Bin Tamami

PENOLONG SETIAUSAHA

Mohd Fitri Bin Anuar

BENDAHARI

Hj Ariffin Bin Hj Shamsuddin

PENOLONG BENDAHARI

Ahmad Fuad bin Sainu

AHLI JAWATANKUASA

1. En Zulkifli Bin Mohamad
2. En. Abu Yamin Bin Madar
3. En Samsi Bin Dollah
4. En Salleh bin Sardi
5. En Rashid Bin Parman
6. Ketua-ketua Kampung DUN Sg Air Tawar
7. En Samsi Bin Pakih
8. Tuan Hj Warno Bin Dogol
9. En Abd Razak Bin Ghazali
10. Hj Hassan Bin Hj Jaafar
11. En Ahmad Mufid Bin Tugiran

AJK UNIT PELAKSANA TEMPATAN

1. AJK JKKK SG TENGAR UTARA
2. AJK JKKK SG TENGAR SELATAN
3. AJK MASJID SG TENGAR

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Mohamad Bin Ahmad Ibrahim
2. Perunding Perakaunan Rosli



TITIK PERMULAAN
Setelah Ahli Jawatan Kuasa Penaja ini ditubuhkan maka Maahad Tahfiz ini telah memulakan operasinya pada 6-8-2005 bersamaan 1 Rejab 1426 dengan bilangan pelajar permulaan seramai 9 orang dan sedang bertambah dari masa ke semasa. Kelas pengajian hafiz diadakan diserambi Masjid Jamik Sg. Tengar, manakala asrama untuk tempat tinggal pelajar di sebuah bangunan kayu bersebelahan Masjid tersebut



OBJEKTIF PENUBUHAN

Maahad tahfiz ini di wujudkan untuk menembahkan bilangan golongan para hafiz di negeri ini khasnya dan seluruh negara amnya. Madrasah ini sudah tentu akan dapat membantu kepada perkembangan penghafalan Al-Quran serta pengajian ilmiah untuk kebaikan seluruh umat Islam di negara ini. Madrasah ini juga akan dapat mencapai matlamat berikut :
1. Melahirkan para pelajar yang boleh membaca dan menghafal Al-Quran dengan cara yang terbaik.

2. Melahirkan para Hufaz dan Ulama’ yang bertaqwa, berketerampilan dan di iktiraf selaras dengan keperluan ummah dan Negara.

3. Untuk melahirkan generasi muda yang dapat menghayati agama dalam kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran tentang agama Islam ini.

4. Untuk mengimarahkan masjid dengan program Al-Quran dan pengajian ilmu.

Mewujudkan pemeliharaan Al-Quran sebagai asset umat untuk generasi akan datang dan menjadikan isi kandungan Al-Quran pada jasad individu muslim sebagai Al-Quran bergerak untuk jadi panduan secara praktikal untuk seluruh alam, adalah tanggungjawab setiap orang islam.



DASAR PENDIDIKAN
1. Melahirkan para huffaz yang dapat mengingati lafaz-lafaz Al-Quran dengan sebutan yang fasih dan tartil tanpa terlupa dan tersilap. Ia juga faham isi kandungannya beramal dan berpegang teguh dengan Ahkamnya.
2. Melahirkan para Fuquha’ yang mempunyai kemahiran dalam menggunakan dalil-dalil usul syarie untuk memastikan dan memutuskan satu-satu hukum syarak serta untuk menyelesaikan masalah manusia. Mereka juga mempunyai kemahiran yang tidak terbatas didalam segala bidang ilmu Islam terutamanya dalam hukum Syarak. 3. Melahirkan para huffaz dan Ulama’ yang bertaqwa dengan penghayatan As Sunnah di dalam kehidupannya sebagai daie ke seluruh alam



GURU-GURU TAHFIZ / MUALLIM
Guru-guru tahfiz dan muallim yang berpengalaman luas dan mempunyai pengalaman dalam pendidikan dan mengurus secara telus dan bijak. Mereka bertugas sepenuh masa di Maahad Tahfiz ini. Guru-guru ini adalah merupakan bekas pelajar dari Jamiatul Ulum India dan Pakistan serta berkerakyatan warganegara Malaysia . Mereka akan dibayar imbuhan bulanan diantara RM700.00 hingga RM1200.00 sebulan.



PENGAMBILAN PELAJAR

Maahad Tahfiz ini telah mula menerima pelajar-pelajar yang memenuhi syarat dari seluruh negeri. Pelajar lelaki berumur 13 tahun keatas dan boleh membaca jawi adalah layak untuk belajar disini. Pendaftaran kemasukan untuk pelajar hafiz dibuka sepanjang tahun manakala bagi pelajar kelas alim pendaftaran kemasukan dibuka pada bulan syawal.



SUKATAN MATA PELAJARAN
Pengajian Hafiz
Pengajian tahfiz ini dijangkakan akan mengambil masa 3 hingga 4 tahun mengikut kemampuan masing-masing. Setelah tamat pengajian satu peperiksaan akhir akan diadakan dan syahadah pengajian akan diberikan kepada pelajar yang berjaya. Peringkat pengajian Tahfiz ini adalah seperti berikut :

1. Peringkat Nazirah :Pada peringkat ini pelajar ini akan didedahkan kepada kaedah membaca Al Quran, Tajwid dan kelancaran membaca Al-Quran.

2. Peringkat penghafalan : Pelajar akan memulakan penghafalan Al-Quran bermula dari juzu’ 30 sehingga 27. dan kemudian dari awal juzu’ pertama hingga tamat.

3. Peringkat kepakaran : pelajar yang tamat 30 juzuk akan membuat pengulangan dan kepakaran yang akan mengambil masa selama 9 bulan. Tertib pengajian ini adalah intensif. Pelajar membaca dengan penuh tertib, bertajwid dan sehingga boleh membaca Al-quran tanpa membuat satu kesilapan.



Pengajian Alim
Pengajian alim akan mengambil masa selama lapan tahun bermula dari tahun satu hingga tahun lapan. Pelajar-pelajar akan ditumpukan dengan matapelajaran kitab tua mengikut peringkat. Antara kitab-kitab yang dipelajari ialah seperti ilmu nahu, ilmu Sorof, fekah, tafsir, balaghah, ilmu hadith dan sebagainya. Pada tahun akhir pelajar akan mengikuti pengajian hadith Bukhari dan Muslim secara khusus



Mata Pelajaran Akademik

Mata pelajaran akademik akan diadakan di dalam program pendidikannya termasuk persediaan asas kearah pendidikan formal dengan mengadakan kerjasama bersama Pejabat Pendidikan Negeri dan Daerah berkenaan perkara berkaitan seperti sukatan pelajaran dan tenaga pengajar. Ini sangat penting kerana masa depan pelajar sangat bergantung kepada penilaian akademik untuk melayakkan diri sebaris dengan pelajar-pelajar formal.



JADUAL WAKTU PELAJAR
05.00 am - 06.00 am Bangun tidur, Persiapan mengaji,Solah Tahajud
& Mula Mengaji.

06.00 am - 06.30 am Solah fardhu subuh & Baca Yasin
06.30 am - 07.30 am Pengajian
07.30 am - 08.30 am Sarapan pagi & Khidmat
08.30 am - 11.30 am Pengajian ( Sabak , Sabki )
11.30 am - 01.00 am Tidur
01.00 am - 01.15 pm Bangun tidur & Persiapan Solah Zuhur
01.15 pm - 01.45 pm Solah fardhu zuhor
01.45 pm - 02.00 pm Makan Tengahari
02.00 pm - 04.30 pm Pengajian ( Manzil / Mukhtar )
04.30 pm - 05.30 pm Solah Asar , Fardhu Ain
05.30 pm - 06.30 pm Riadah
06.30 pm - 07.00 pm Persiapan Solah fardhu Maghrib
07.00 pm - 07.30 pm Manzil & Wirid Harian
07.30 pm - 07.45 pm Solah fardhu Maghrib
07.45 pm - 08.45 pm Pengajian
08.45 pm - 09.00 pm Solah fardhu Isyak
09.00 pm - 09.30 pm Makan Malam
09.30 pm - 10.30 pm Pengajian
10.30 pm - 11.00 pm Rehat
11.00 pm - 05.00 am Tidur


Tapak Bangunan Kompleks Maahad Tahfiz Kashful Ulum


1. Tanah Wakaf Masjid Sungai Tengar

Tanah wakaf masjid Sg tengar seluas 4 baris adalah dicadangkan sebagai tapak Kompleks Maahad Tahfiz dan telah mendapat kebenaran secara bertulis dari pihak yang berkenaan.

2. Tanah Orang Perseorangan

Bersebelahan tanah wakaf tersebut terdapat sebidang tanah yang dianggarkan keluasannya lebih dari 5 ekar dan pemiliknya bersedia untuk menjualkannya kepada pihak pentadbiran untuk dijadikan tapak bangunan tambahan kompleks maahad tahfiz yang seterusnya.



Reka Bentuk Pelan Bangunan Kompleks Maahad Tahfiz Kashful Ulum Serta Pembiayaan Pembinaannya

Pelan cadangan untuk Kompleks Bangunan Maahad Tahfiz akan direkabentuk oleh salah sebuah syarikat perunding pelan bangunan yang diiktiraf dengan menampilkan rekabentuk gabungan
lama dan terkini agar dapat menghasilkan rekabentuk yang dinamik serta sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah pusat pendidikan Al-Quran . Kos Pembinaannya dianggarkan menelan belanja hampir RM2 Juta yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Walaupun begitu pembinaannya akan dilaksanakan secara bijak mengikut keperluan semasa.

Maahad Tahfiz Kasful Ulum akan melantik jemaah pentadbirnya sendiri yang sentiasa dipantau dan dikawal selia serta diyakini mampu untuk mencari jalan keluar di atas sokongan padu dari barisan para pemimpin atasan dan pemimpin tempatan melalui kerajaan negeri untuk melaksanakan pembangunannya secara berperingkat sehingga berjaya dinobatkan sebagai salah sebuah maahad tahfiz yang berdaya maju dan berdaya saing dizaman globalisasi hadhari pada hari ini.



PENUTUP

Walau apa pun cadangan untuk mewujudkan institusi pengajian agama seperti ini wajar disokong sepenuhnya oleh mana-mana pihak memandangkan ianya mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti serta mempunyai asas-asas ilmu, iman dan ketaqwaan yang kukuh kepada Allah disertai dengan kelebihan memiliki hafazan seluruh isi kandungan ayat al-quran yang tersemat rapi di dada.

Semoga usaha para pendokong perjuangan kearah meninggikan syiar ini mendapat ganjaran, rahmat dan barakah dari Allah serta mendapat keampunan daripadaNya . Dengan menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W ini maka kita akan semakin hampir dengan syafaat Rasulullah S.A.W pada hari tiada syafaat pembelaan melainkan daripadanya. Wallahu a’lam bissowab.



HARAPAN KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
Allah S.W.T berfirman
مَثَلُ الّذِينَ يُنفِقُون أَمْوَالَهُم فِى سَبِيلِ اللهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَأُ وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ .
Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya dijalan Allah adalah seperti sebutir benih yang mengeluarkan tujuh tangkai, disetiap tangkai ada seratus biji dan Allah melipat menggandakan bagi sesiapa yang dia kehendakki dan Allah itu Maha Luas (kurnianya)lagi Maha Mengetahui.
Al-Baqarah:261 Sabda Nabi S.A.W
عن علىّ رضى الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسّلم. بَادِرُوا بِالصَّدََقَةِ فَانَّ البَلأَ لاَ يَتَخَطَّاهَا
Daripada Saidina Ali R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda bersegeralah kamu dengan bersedekah kerana sesungguhnya bala itu tidak boleh melangkahi sedekah. ( H.R Ruzain . Misykat )
Muslimin dan muslimat yang dihormati, jumlah pelajar Maahad Tahfiz Kashful Ulum dimasa ini adalah seramai 10 orang yang datang dari tempat yang jauh. Mereka meninggalkan ibubapa dan kampung halaman semata-mata untuk menuntut ilmu dan menyimpan warisan Baginda S.A.W dalam dada. Maka sudah menjadi tanggungjawab bagi kita umat islam untuk memberi bantuan kepada mereka, supaya mereka dapat belajar dengan selesa. Oleh kerana Maahad ini masih baru dibuka semenjak 1 Rejab 1426 yang lalu. Maka prasarana di Maahad ini masih belum lengkap, Maahad ini masih memerlukan peralatan untuk menampung jumlah pelajar terkini dan yang akan masuk dalam pendaftaran baru nanti. Jumlah pelajar pada tahun akan datang dianggarkan seramai 40 orang. Persiapan sumbangan berupa kewangan, barang wakaf atau makanan sebagai amal jariah dan bekalan hari akhirat. Semoga Allah membalas segala jasa baik anda dengan Syurga Firdaus. Kelengkapan adalah perlu disediakan dengan seberapa segera seperti almari, katil, tilam, meja dan sebagainya. Disamping itu makan minum pelajar yang sedia ada harus diambil berat. Atas rasa tanggung jawab untuk membantu memajukan agama, maka pihak Maahad Tahfiz Kashful Ulum telah membuka peluang kepada muslimin dan muslimat untuk memberikan kerjasama serta.
Sesiapa yang berminat untuk menyumbang, sila berhubung terus kepada :
1) Ust. Ab Jabar Musatdat B. Tamami No, Tel :03-32138362 @ 019-2098367
2) Atau terus melalui akaun Bank Islam ( Cawangan Sungai Besar )
atas nama MAAHAD TAHFIZ KASHFUL ULUM
No. A/C : 12056010017622
إنَّ اللهَ فِى عَونِ العَبدِ مَا كَانَ العَبدُ فِى عَونِ أَخِيهِ
“Sesungguhnya Allah sentiasa membantu hambanya selama mana hamba itu membantu saudaranya”
ANGGARAN NILAI INFRASTRUKTUR ASAS UNTUK
MAAHAD TAHFIZ KASHFUL ULUM

Bil
Perkara
Jumlah anggaran
1
Plan perancangan Pertama

Membeli tanah seluas 1.31 ekar
( 84 pokok kelapa X RM 420.00 )



RM 35,280.00
2
Plan perancangan kedua

Membina bangunan Maahad Tahfiz Kashful Ulum untuk asrama,
Pejabat, tempat pengajian.
Keperluan untuk plan ini :
1- Mengukur tapak tanah untuk pembinaan
2- Menambak tanah untuk tapak pembinaan
3- Bangunan Maahad Tahfiz Kashful Ulum







RM 1,000.00
RM 20,000.00
RM 800,000.00
3
Plan perancangan ketiga

Membina bangunan tandas, bilik mandi dan menara tangki air


RM 200,000.00
4
Plan perancangan keempat

Membina bangunan kantin


RM 150,000.00
5
Plan perancangan kelima

Membeli tanah seluas 2.31 ekar
( 144 pokok kelapa X RM 420.00 )



RM 60,480.00
6
Plan perancangan keenam

Membina bangunan untuk rumah guru
Keperluan untuk plan ini :
1- Mengukur tapak tanah
2- Menambak tanah
3- Membina 8 unit rumah guru X RM 60,000.00




RM 1,500.00
RM 20,000.00
RM 480,000.00
7
Plan perancangan ketujuh

Menambak tanah untuk membuat padang riadah pelajar


RM 30,000.00
Jumlah keseluruhan plan perancangan ini dianggarkan
menelan belanja sebanyak

RM 1,798,260.00

Bersama kutuk kekejaman Israel...Boikot barangan sekutu Israel USA

Tiada negera arab yang mampu membantu Palastine, anak kecil dibunuh,masjid dibom ,pasar diletupkan, apa lagi kekejaman yang masih belum dilakukan oleh si laknat israel.

Jika kita tidak mampu membantu dengan wang ringgit, kita sama-sama boikot barangan USA.

Sunday, December 28, 2008

SUP EKOR

Sup Ekor Bahan-bahan:125 ml @ 1/2 cwn. minyak sayuran
500g ekor lembu, dibersihkan dan dipotong-potong
2 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu besar jintan putih/halus serbuk
1 sudu besar jintan manis/kasar serbuk
1.5 sudu besar tomato puri1.5 liter @ 6 cwn.
air1 batang lobak merah, dikupas dan
didadu1 biji ubi kentang,
dikupas dan didadu2 batang saderi,
didadugaramlada hitam yg. baru dikisardaun ketumbar,
dhiris-hirisbawang gorengRempah Tumis
4 bj. buah pelaga1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawangDikisar Halus-halus
10 ulas bawang merah, dikupas4 ulas bawang putih, dikupas
2 batang serai, dihiris halus-halus
1cm halia, dikupas
Cara:1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis ekor lembu sehingga perang sedikit. Angkat dan toskan.
2. Di dalam minyak yg. sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar dan goreng sehingga naik baunya.
3. Tambah ketumbar, jintah putih/halus, dan juga jintan manis/kasar serbuk dan kacau di atas api kecil selama 3-4 minit sehingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah lobak merah, ubi kentang dan saderi. Renihkan selama 1 jam 45 minit sehingga ekor lembu empuk. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
6. Hias dgn. daun ketumbar dan bwg. goreng sejurus sebelum menghidang.Nota: Untuk menjimatkan masa, anda boleh masak sup ini dalam masa 25 minit dgn. menggunakan periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurang menjadi 1 liter atau 4 cawan sahaja.

Saturday, December 27, 2008

Ketam Goreng Berempah

1/2 kilo ketam segar (ape2 jenis, kalau pilih ketam bunga, pilih le yg betina sb byk isi)
5 biji bawang merah (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
1-2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos cili
1 inci halia (dikisar)
1 cams serbuk kunyit
1 sdt perahan asam jawa
1 sudu makan sos tiram
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak utk menggoreng
Cara-cara
Bersihkan ketam. Perapkan dgn serbuk kunyit dan garam selama 10 minit. Kemudian digoreng di dalam kuali sehingga separuh masak.
Keluarkan ketam dari kuali. Gunakan minyak lebihan td utk menumis bahan2 yg tlh dikisar. Tumis sehingga terbit bau.
Masukkan sos cili, sos tiram, dan sedikit air. Kacau rata2. Kemudian masukkan ketam dan kacau lg. Akhir sekali, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
Siap utk dihidangkan.

Let' shares recipe and cook for ur family

Let' do it....pizza